SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bukan sahaja menyaksikan pertembungan antara gabungan politik utama, malah mengangkat dua figura berprofil tinggi yang dikaitkan sebagai calon Menteri Besar.
Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Dr Maszlee Malik yang mempunyai latar belakang, pengalaman serta gaya kepimpinan berbeza, tampil dengan naratif tersendiri bagi memikat hati pengundi di negeri itu.
Di sebalik tumpuan terhadap personaliti dua pemimpin itu, Penyandang Kursi Pengajian Malaysia, Victoria University of Wellington, New Zealand, Profesor Dr Kartini Aboo Talib@Khalid berpandangan, keputusan PRN Johor masih bergantung kepada kekuatan parti, jentera pilihan raya dan corak sokongan tradisi pengundi.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM
Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'
Menurut beliau, terdapat tiga aspek utama dalam kerangka persaingan pilihan raya di negeri berkenaan iaitu pengaruh parti, kekuatan calon dan kerjasama gabungan.
"Faktor parti masih dominan di Johor berbanding tokoh meskipun indikator ini sama penting dan mungkin mempengaruhi kawasan undi secara berbeza.
"Peranan personaliti atau calon masih signifikan walaupun keputusan keseluruhan masih banyak ditentukan oleh kekuatan dan jentera parti," katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut Kartini berpendapat, kedua-dua pemimpin tersebut berkongsi matlamat pembangunan Johor yang sama namun menggunakan pendekatan berbeza.
ARTIKEL BERKAITAN: PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?
PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin
PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu
Menurutnya, Onn Hafiz memberi penekanan kepada model urus tadbir 'Johor First', kesinambungan Agenda Maju Johor dan usaha memperkukuh institusi dan hubungan antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.
Sebaliknya bagi Maszlee, Kartini berkata, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu masih membawa agenda pembangunan modal insan dan ekonomi digital, tetapi lebih lantang mengangkat keperluan semak dan imbang terhadap struktur institusi tradisional.