JOHOR BAHRU – Blok hampir 1.3 juta pengundi berusia bawah 40 tahun yang merangkumi 47.6 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar dijangka menjadi penentu utama keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan personaliti calon dilihat sedikit lebih mempengaruhi kecenderungan mereka berbanding faktor parti.
Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia (O2), Anis Anwar Suhaimi berkata, bagi pengundi berusia 18 hingga 39 tahun, faktor calon menyumbang sekitar 51 peratus terhadap kecenderungan mengundi, manakala 49 peratus lagi dipengaruhi gabungan parti.
Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Johor mempunyai 1,297,931 pengundi berusia bawah 40 tahun, terdiri daripada 587,888 pengundi berusia 30 hingga 39 tahun, diikuti 544,657 (21 hingga 29 tahun) dan 165,386 (18 hingga 20 tahun).
ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM
Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'
PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?
Anis Anwar berkata, kelebihan faktor calon didorong empat pertimbangan utama iaitu personaliti, tahap pendidikan, sejauh mana calon dikenali pengundi serta rekod atau isu yang dikaitkan dengannya.
"Bagaimanapun, faktor parti yang diwakili calon dan isu yang terpalit dengan parti turut mencatat pemberat yang tinggi.
"Ini menunjukkan pengundi muda masih melihat lambang parti sebagai penanda kestabilan, hala tuju politik, rekod gabungan dan kredibiliti kerajaan atau pembangkang.
**media[3572593]**
"Cuma, mereka tidak lagi menerima calon secara automatik hanya kerana calon itu membawa logo parti tertentu," katanya kepada Sinar Harian.
ARTIKEL BERKAITAN: PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin
PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu
Beliau berkata, bagi pengundi berusia 40 tahun ke atas, corak penilaian lebih seimbang apabila faktor calon dan parti masing-masing dianggarkan menyumbang 50 peratus terhadap keputusan mengundi.
Menurutnya, bagi kumpulan itu, parti lebih membawa makna dari sudut sejarah dan institusi, manakala calon pula dinilai berdasarkan hubungan dengan masyarakat, keupayaan turun padang serta kesesuaian membawa suara setempat.
"Dalam pilihan raya DUN, wakil rakyat bukan sekadar simbol parti, sebaliknya individu yang diharapkan hadir apabila rakyat berdepan masalah," katanya.