Mesyuarat khas SPR hari ini tentukan tarikh penting PRN Sabah ke-17

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini.

Mesyuarat berkenaan dijadual bermula pada jam 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan pada 11 pagi.

Sidang media itu amat ditunggu-tunggu antaranya bagi mengetahui tarikh penting PRN Sabah ke-17 iaitu hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian serta tempoh berkempen.

Pada 6 Oktober lepas, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17. - Bernama