ALOR SETAR - Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke 71 yang bermula Isnin dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut hadir memeriahkan program yang bermula pada jam 9 pagi ini.
Turut hadir, Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir
**media[3273642]**
Difahamkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat hadir atas sebab tertentu pada Muktamar yang dihadiri 4,200 perwakilan dari seluruh negeri.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kenamaan diketuai Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diiringi Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.
Perarakan turut disertai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya selaku tuan rumah penganjuran Muktamar.