Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat bermula

ALOR SETAR - Muktamar Pas Pusat 2025 dimulakan dengan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) yang ke-66 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut pada Jumast.

Ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka bermula pada 10.40 pagi, selepas ucaptama oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

**media[3270605]**

Ahli Parlimen Alor Setar itu mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Pas setelah tiada pencabar selepas Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar menolak pencalonan untuk bertanding bagi kerusi nombor satu sayap parti berkenaan.

Lebih 750 perwakilan dari seluruh negeri berkampung di Kedah bagi memilih jawatankuasa kerja DPPP sesi 2025-2027.