PAT Bersatu kecoh, berlaku insiden pergelutan

SHAH ALAM – Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, malam ini kecoh apabila berlaku insiden pergelutan dan tolak-menolak ketika Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan dasar.

Kekecohan tercetus di bahagian tengah dewan, dipercayai melibatkan perwakilan parti yang tidak berpuas hati.

Keadaan memaksa pasukan keselamatan parti segera campur tangan bagi menenangkan suasana.

Walaupun insiden itu hanya berlangsung beberapa minit, ia mengganggu perjalanan ucapan dasar Presiden yang sedang menekankan isu perpaduan dalaman dan masa depan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin bagaimanapun meneruskan ucapannya selepas keadaan kembali terkawal.