Dr Zaliha dilantik Pengerusi PKR Johor, Ysahrudin Timbalan

JOHOR BAHRU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa diumumkan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan menerusi kenyataan rasmi PKR pada Khamis sekali gus menyaksikan Ahli Parlimen Sekijang itu menggalas tanggungjawab menerajui kepimpinan parti di peringkat negeri.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yang sebelum ini memegang jawatan tersebut.

Dalam masa sama, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Johor yang baharu.