SHAH ALAM – "Ini hantaran terakhir yang berkaitan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi. Selepas ini memang betul-betul 'move on'."
Demikian hantaran Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi Facebook pada Rabu.
Menurutnya, ucapan terakhir beliau sebagai Menteri Ekonomi ialah kepada kakitangan Kementerian Ekonomi di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 pada Jumaat.
"Saya minta maaf atas segala kelemahan dan keterlanjuran saya. Saya ucap terima kasih dan terhutang budi atas segala jasa baik dan khidmat warga Kementerian Ekonomi," katanya.
Dalam pada itu, Rafizi turut berkongsi empat pemikiran tokoh besar dunia yang telah memberikan impak besar dalam tempoh 100 tahun lalu dalam menjalankan tugas antaranya perubahan tidak pernah digerakkan oleh satu kumpulan yang besar.
Menurut beliau, menerusi, perubahan berlaku kerana keyakinan satu kumpulan kecil yang ada kesedaran.
"Selain itu, pula berkata, bila kita ingin melakukan perubahan, lebih ramai yang mencemuh dan menghina. Lebih ramai yang rasa mereka pakar segalanya. Kalau kita cadang formula, mereka mengejek.
"Tetapi lebih baik menjadi orang yang bertempur di dalam gelanggang dan mencuba membawa perubahan dari tukang sorak di luar. Tukang sorak di luar hanya menang sorak, tetapi tidak pernah faham erti kemenangan atau kekalahan," katanya.
Tambah Rafizi, petua yang diberi pula menekankan bila kita ingin membawa perubahan, bila ada peluang melakukan perubahan, janganlah kita mengulangi apa yang telah dibuat sebelum itu (yang menjadi punca kepada masalah yang memerlukan perubahan).
"Itu adalah satu kegilaan. Akhir sekali, mengatakan, mahkamah terakhir di mata dunia ini ialah prinsip dan keyakinan kita. Kita boleh menang yang lain, tetapi mahkamah rayuan terakhir, di mata orang lain, ialah nilaian bagaimana kita hidup dengan prinsip dan keyakinan kita.
"Orang lain mungkin tidak bersetuju dengan pandangan kita, tetapi mereka tidak boleh menidakkan kehormatan yang datang dari satu hidup yang berlandaskan prinsip," katanya.