Dulu pun Parlimen bubar sebelum belanjawan lulus

TRIVIA - Pembubaran Parlimen ke-14 Isnin lalu tiga hari selepas Bajet 2023 dibentangkan mengingatkan kita kepada peristiwa hampir sama 23 tahun lalu apabila parlimen juga dibubarkan sebelum belanjawan diluluskan.

Pada 29 Oktober 1999, Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin membentangkan Belanjawan 2000, namun sebelum sempat ia diluluskan, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran parlimen pada 11 November 1999 berkuatkuasa 12 November 1999.

Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU10) tahun 1999 dijalankan pada 29 November tahun tersebut di mana Barisan Nasional (BN) menang 148 daripada 193 kerusi parlimen.

Belanjawan 2000 dibentang semula di Dewan Rakyat oleh Tun Daim pada 29 Februari 2000, tiga bulan selepas PRU10 dijalankan.

Belanjawan berkenaan dibentangkan untuk kali kedua, selepas pembentukan kerajaan, sebelum dibahaskan terlebih dulu dan diluluskan.

Mahathir Mohamad