Hari ini tak jadi angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu

KOTA KINABALU - Majlis angkat sumpah Ketua Menteri baharu akan berlangsung di Istana Negeri Sabah Majlis pada jam 10.30 pagi esok.

Perkara itu disahkan Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah kepada media sebentar tadi selepas menerima maklumat daripada pihak Istana Negeri.

Petugas media sejak awal pagi semalam berkampung di hadapan pintu Istana Negeri bagi mendapatkan sebarang maklumat berhubung upacara majlis angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Sehingga kini, pengamal media masih berada di hadapan pintu Istana Negeri untuk memantau sebarang pergerakan keluar masuk kenderaan yang dipercayai pimpinan daripada mana-mana parti untuk masuk ke pekarangan istana.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Menteri Sabah dijangka diumum esok

Berita Popular

Video Popular