TELUK KEMANG - Agak senyap sejak beberapa hari lepas, calon Bebas, Saiful Bukhari Azlan mula melakukan ‘serangan’ pertama kepada lawannya dalam PRK Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam sidang media pertamanya, beliau mempersoalkan samada Anwar mempunyai maruah kerana memutuskan untuk bertanding di Port Dickson.
Menurutnya, jika dia adalah Anwar, dia akan berasa malu kerana gunakan duit rakyat untuk mengangkat agenda peribadi.
“Orang tanya saya, tiada maruah ke, tak malu ke bertanding dalam PRK Port Dickson ini?
“Kalau saya jadi Anwar, saya lagi malulah. Anda gunakan duit rakyat untuk angkat agenda peribadi. Itu ada maruah ke?
“Itu (bertanding di Port Dickson) apa? Itu satu perkara yang betul ke?” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, petang tadi.