Mohd Saiful Bukhairi Azlan

Saiful Bukhari Azlan  merupakan bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis bahawa beliau diliwat oleh bekas Ketua Pembangkang itu pada 29 Jun 2008.

Beliau  adalah anak ketiga daripada tujuh beradik kepada ibu bapanya Azlan Mohd Lazim dan Allahyarhamah Halina Mohd Alip (1962-2004). Ibunya, Halina merupakan seorang pelakon dan model yang terkenal pada era 1980an dan meninggal pada Julai 2004 kerana kanser payudara.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik
  • Sukarelawan
  • Bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim
  • Blogger
Pendidikan:
  • Jurusan kejuruteraan elektrik Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi (2007)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P132 Port Dickson

Kerusi Bertanding DUN: Tiada