Rahmad Mega sertai Amanah

SHAH ALAM - Vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) malam tadi.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, Rahmad mengambil keputusan menyertai parti berkenaan kerana bebas daripada sebarang isu.

“Alhamdulillah, malam tadi sah saudara Rahmad menyertai Amanah.

“Beliau tertarik dengan parti Amanah yang masih suci daripada sebarang isu besar dengan pendekatan rahmat untuk semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sesi penyerahan borang keahlian parti oleh Rahmad pada malam Khamis turut dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Selamat datang Mad ke dalam keluarga besar Amanah,” ujar Muhammad Faiz.