JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan secara rasmi mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti bagi sesi 2025-2028.
Beliau diumumkan menang tanpa bertanding selepas tiada calon menawarkan diri bertanding jawatan itu.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pada Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini malam ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menyandang jawatan Presiden PKR sejak 2018 hingga kini.
Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Umum parti berkenaan.
Pemilihan kepimpinan sesi 2025-2028 menyaksikan seramai 251 calon menawarkan diri bertanding yang merangkumi 104 pencalonan bagi Majlis Pimpinan Pusat, 85 bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan dan 62 untuk Majlis Pimpinan Wanita. - Bernama
KEPUTUSAN PENUH
Presiden
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menang Tanpa Bertanding
Timbalan Presiden
Nurul Izzah Anwar
Bilangan undi: 9,803
Naib Presiden
Datuk Seri Amirudin Shari
Undi diterima: 7,955
Datuk Seri R Ramanan
Undi diterima: 5,895
Datuk Seri Aminuddin Harun
Undi diterima: 5,889
Chang Lih Kang
Undi diterima: 5,757
Ketua AMK
Muhammad Kamil Abdul Munim
Menang tanpa bertanding
Timbalan Ketua AMK
Izuan Kasim
Bilangan undi: 3,339
Naib Ketua AMK
Nabil Halimi
Undi diterima: 2,784
Dr Mohammed Taufiq Johari
Undi diterima: 2,780
Chiew Choon Man
Undi diterima: 2,353
Ketua Wanita
Fadhlina Sidek
Undi diterima: 2,890
Timbalan Ketua Wanita
Juwairiya Zulkifli
Undi diterima: 2,760
Naib Ketua Wanita
Rozana Zainal Abidin
Undi diterima: 2,610
Loh Ker Chean
Undi diterima: 2,608
Datin Rufinah Pengeran
Undi diterima: 2,598