JOHOR BAHRU - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil mendahului saingan bagi jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti itu bagi sesi 2025-2028, yang berlangsung pada Jumaat.
Sumber parti itu memaklumkan Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berada di kedudukan teratas diikuti Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli Abdul Halim; Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai; Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George dan Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi.
Pemilihan peringkat pusat PKR termasuk 20 jawatan dalam MPP bermula dari 8 pagi hingga 5 petang.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata keputusan bagi MPP PKR akan diketahui paling awal pada 9 malam ini. - Bernama