PRK Ayer Kuning: Penyokong BN laung takbir, sorakan kemenangan

TAPAH - Ratusan penyokong Barisan Nasional (BN) melaungkan takbir dan sorakan ketika mengikuti keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Pusat Gerakan parti itu di Kampung Haji Tahir di sini pada Sabtu.

Meskipun keadaan hujan lebat, namun tidak menghalang semangat penyokong dan pimpinan parti termasuk kompenan Pakatan Harapan (PH) itu hadir memberikan sokongan kepada calon, Dr Mohamad Yusri Bakir.

Antara pimpinan yang hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Keputusan tidak rasmi menyaksikan BN mendahului dengan majoriti 4,812 undi setakat jam 8.30 malam.

Keputusan rasmi PRK berkenaan dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seawal 9 malam.