Kompleks Pas Tapah suram

TAPAH - Suasana di Kompleks Pas Tapah yang menjadi tumpuan penyokong Perikatan Nasional (PN) sedikit suram dengan kehadiran segelintir pimpinan Pas Perak menanti keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Antara yang kelihatan hadir termasuk Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria; Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Misbahul Munir Masduki.

**media[3101429]**

Beberapa penyokong turut kelihatan di luar kompleks berkenaan melihat keputusan tidak rasmi yang disiarkan menerusi projektor disediakan.

PN menamakan Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah, Abd Muhaimin Malek sebagai calon bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Beliau bertanding bersama dua lagi calon iaitu Dr Mohamad Yusri Bakir dari Barisan Nasional dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia.