JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, mencatat kejayaan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menewaskan penyandang, Khairuddin A Rahim untuk jawatan Ketua Cabang Batu Pahat bagi penggal 2025–2028.
Onn memperoleh 462 undi berbanding Khairuddin yang meraih 391 undi dalam pertandingan satu lawan satu itu.
Menurut maklumat di laman sesawang rasmi Pemilihan PKR 2025, sebanyak 853 kertas undi dikeluarkan daripada keseluruhan 1,024 ahli yang layak mengundi bagi cabang berkenaan.
Keputusan rasmi itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.