JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memenangi jawatan Ketua Cabang Simpang Renggam mengalahkan dua pencabarnya dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi sesi 2025-2028.
Maszlee yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam memperoleh 125 undi, mengatasi dua pencabarnya iaitu Wong Yung Chin yang meraih 109 undi dan Yusof Rahman dengan 82 undi.
Berdasarkan maklumat laman sesawang pemilihan PKR 2025, terdapat sebanyak 318 kertas undi dikeluarkan daripada keseluruhan 406 ahli yang layak mengundi.
Borang keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Pada 11 Mac lalu, Maszlee yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengesahkan akan bertanding jawatan sama dalam pemilihan PKR yang dijadualkan Mei ini.