Faezuddin menang Ketua Cabang PKR Pulai

JOHOR BAHRU - Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad mencatat kemenangan bergaya apabila dipilih sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulai bagi sesi 2025–2028.

Muhammad Faezuddin memperoleh 471 undi, menewaskan pencabarnya, Chiong Sen How yang meraih 112 undi.

Berdasarkan maklumat laman sesawang pemilihan PKR 2025, terdapat sebanyak 585 kertas undi dikeluarkan daripada keseluruhan 699 pengundi yang layak.

Borang keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.