Hubungan Umno-Pas sejak 1977

TRIVIA - Parti Islam Se-Malaysia (Pas) akhirnya membuat keputusan memilih Perikatan Nasional (PN) berbanding rakannya dalam Muafakat Nasional (MN), Umno untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti, berdasarkan kenyataan media Presidennya, Abdul Hadi Awang pada 13 Oktober 2022.

Untuk rekod, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tahun ini dan PRN Melaka tahun lalu, Pas juga memilih gabungan PN menentang Umno dan gabungan Barisan Nasional (BN) walaupun tidak keluar dari gabungan MN yang dimeterai pada 2019.

Piagam MN dtandatangani pada 2019 antara Umno dengan Pas di bangunan Putra World Trade Centre (PWTC) dengan membawa agenda penyatuan ummah.

Pertama kali Pas menyertai BN adalah pada 1973 dan bersama-sama membentuk kerajaan di mana Presidennya pada ketika itu, Mohd Asri Muda memegang jawatan Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Dalam PRU 1974, buat pertama kalinya Pas bertanding atas tiket BN. Dalam PRU tersebut, BN menang 135 daripada 154 kerusi di Dewan Rakyat, atau kira-kira 87.7 peratus, pencapaian tertinggi sejak kemerdekaan.

Pada 1977, Pas dipecat daripada BN susulan krisis melibatkan jawatan Menteri Besar Kelantan sehingga mengakibatkan pelaksanaan darurat, menyebabkan Pas menjadi pembangkang semula.

ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :