Haliza yakin mampu rampas kerusi Batu Pahat

BATU PAHAT - Calon BN Parlimen Batu Pahat, Haliza Abdullah yakin mampu merampas kembali kerusi Parlimen berkenaan dalam PRU14 yang berlangsung hari ini. 

Beliau yang membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Banang Jaya, meluahkan perasaan berkenaan setelah yakin dengan pengundi di Batu Pahat akan kembali mengundi BN. 

“Saya dapat rasa, ‘feel good’. BN boleh menang di sini (Parlimen Batu Pahat),” katanya yang ditemani suaminya, Mohamad Hussien.  

Menurutnya, beliau turut bersyukur kerana sepanjang tempoh berkempen tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, terutamanya yang membabitkan jenteranya.  

Haliza AbdullahBatu Pahat