BATU PAHAT - Ketidakhadiran bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bagi sesi penamaan calon PRU14 merubah keadaan dan menjadikan kerusi Batu Pahat tidak lagi menjadi ‘kerusi panas’ seperti sebelum ini.
Setelah tamat sesi pendaftaran calon dan pengumuman dilakukan pada jam 11.27 pagi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya P150 Parlimen, Mohd Haffiz Ahmad tiada calon bebas menghantar nama mereka seperti yang digembar-gemburkan.
Dalam penamaan berkenaan yang dilakukan di Pejabat Daerah Batu Pahat itu, calon untuk kerusi Parlimen Batu Pahat ialah Mahfodz Mohamed dari Pas; Mohd Rashid Hasnon PKR dan Haliza Abdullah, BN.
Bagi Dun Penggaram pula turut menyaksikan tiga penjuru menerusi calon PKR, Gan Peck Cheng dari BN dan Calon Pas, Misran Samian.
Sementara itu, bagi Senggarang PKR diwakili Khairuddin A Rahin; Pas Dr Mohd Ramli MD Kari dan BN Zaidi Japar, manakala Dun Rengit PKR adalah Malik Faishal Ahmad; Ayub Jamil dari BN dan Pas Mohd Tumiran Ahmad.