KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan mengumumkan sekitar lima hingga enam lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadikan jumlah keseluruhan yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) sekitar 47 hingga 48 kerusi.
Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, kesemua kerusi yang akan diumumkan dalam masa terdekat dan terdiri daripada kerusi dari beberapa kawasan DUN.
"Bakinya itu ada beberapa tempat, saya akan umumkan beberapa hari. Sekitar lima hingga enam kerusi. Ada strategi lain, kerusi istimewa... sampai masa nanti saya beritahu (kenapa istimewa)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumumam calon di bangunan UMNO, di sini pada Ahad.
Ditanya jika beliau berpuas hati berjaya mendapat keseluruhan kerusi yang diminta sejak awal, Bung Moktar yakin ia adalah terbaik untuk BN.
"Milik PH selebihnya memandangkan kita dua parti sahaja," katanya.
AKAN MENYUSUL