KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah digugurkan daripada jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Saifuddin akan digantikan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mohamed Azmin berkata, Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada malam Isnin juga menggugurkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli daripada jawatan Pengerusi PN negeri dan digantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
"Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri-negeri berkuat kuasa pada 28 Oktober 2025," katanya dalam kenyataan. - Bernama