PUTRAJAYA – UMNO belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung pemecatannya daripada parti itu dua tahun lalu.
Perkara berkenaan disahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini pada Khamis.
“Belum, saya belum terima lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Menteri Kesihatan itu yang dipercayai telah menghantar surat rayuan melalui pegawainya kepada UMNO.
Khairy dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 bersama Tan Sri Noh Omar.
Pada 6 Julai lalu, Khairy menyatakan kesediaannya mempertimbangkan tawaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh untuk membantu memudahkannya kembali ke pangkuan parti.