KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan tampil lebih mantap bagi penggal 2024-2027 apabila menggabungkan beberapa muka lama dan golongan profesional.
Ketua Badan Pimpinan Negeri, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, gabungan itu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tidak lama lagi.
"Keutamaan diberikan kepada pemerkasaan struktur parti, pengukuhan jentera akar umbi, serta kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan pilihan raya lebih awal daripada jangkaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut beliau, kehadiran kepimpinan yang berwibawa dan berpengalaman diyakini mampu memperkukuhkan kepercayaan rakyat dan memperjuangkan agenda pembangunan serta kesejahteraan ummah demi kestabilan politik dan kemakmuran negara.
Tambah beliau, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas dilantik sebagai Timbalan Ketua Ketua Badan Pimpinan Negeri.
Kamarudin memberitahu, ADUN Paloh, Datuk Shaari Mat Hussin dilantik sebagai Bendahari manakala Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz dipilih sebagai Biro Keahlian dan Cawangan.
INFO:
Senarai Penuh
Ketua: Datuk Kamarudin Md Nor (Ketua Bersatu Pasir Puteh)
Timbalan: Datuk Mohamed Farid Mohamed (Ketua Bersatu Ketereh)
Setiausaha Negeri: Mohd Wira Arjuna Mohamad (Ketua Bersatu Tumpat)
Ketua Penerangan: Zulfaqar Yeop Dahalan (Ketua Bersatu Kuala Krai
Bendahari: Datuk Shaari Mat Hussain (Ketua Bersatu Gua Musang)
Pengarah Pilihan Raya: Datuk Mohamed Farid Mohamed
Biro Agama dan Kerohanian: Hashim Hamid (Ketua Bersatu Kota Bharu)Biro Pendidikan dan Modal Insan: Ahmad Hakimi Mohd. Yasim (Ketua Bersatu Kubang Kerian)
Biro Ekonomi dan Keusahawanan: Kairul Azri Mohd Zin (Ketua Bersatu Rantau panjang)
Biro Bencana dan Kebajikan Masyarakat: Sikrin Yusof (Ketua Bersatu Bachok)
Biro Latihan dan Pengkaderan: Ab Halim @ Kamaruddin Ab Kadir (Ketua Bersatu Machang)
Biro NGO dan Perpaduan: Mohd Almidi Jaafar (Ketua Bersatu Jeli).
Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan: Ahmad Nasruddin Abdullah (Ketua Bersatu Pengkalan Chepa)
Biro Keahlian dan Cawangan: Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Ketua Tanah Merah)
Biro Risik dan Strategi: Che Johan Che Pa (Ketua Bersatu Pasir Mas)