PRK Nenggiri: PN kemukakan tujuh tawaran

GUA MUSANG - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail mengumumkan tujuh tawaran kepada rakyat Nenggiri jika menang pada 17 Ogos ini.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran tawaran PN PRK DUN Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok, di sini pada Ahad malam.

"Tujuh tawaran itu ialah KHIDMAT, (K) khidmat masyarakat, (H) hak rakyat, (I) integriti dan amanah, (D) daya ekonomi dan infrastruktur, (M) masyarakat berilmu, bernilai murni dan sejahtera, (A) anak muda berpendidikan dan berkemahiran serta (T) transformasi digital luar bandar," katanya.

AKAN MENYUSUL