Kenderaan kerajaan disalahguna?

CAMERON HIGHLANDS- Hari ini tular gambar sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik Kerajaan Negeri Pahang digunakan untuk kempen pilihan raya.
Logo PH jelas tertera pada pintu hadapan kenderaan tersebut.

Didakwa seorang timbalan menteri telah memohon penggunaan kenderaan milik sebuah jabatan kerajaan tersebut bagi tujuan urusan rasmi.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Sri Dr Sallehuddin Ishak tampil menjelaskan perkara tersebut.

Menurutnya, kenderaan tersebut telah diambil semula serta merta selepas didapati telah disalahgunakan untuk tujuan berkempen.

"Saya dihujani pertanyaan oleh netizen tentang kenapa kenderaan milik kerajaan negeri Pahang digunakan untuk berkempen dan dilekatkan lambang parti. 

"Suka saya menjelaskan bahawa jabatan berkenaan dibenarkan meminjamkan kereta berkenaan kepada satu kementerian bagi kegunaan rasmi seorang timbalan menteri.

"Bagaimanapan, selepas dilekatkan lambang satu parti, saya telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula serta-merta," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Pahang bakal mengadakan pilihan raya di Cameron Highlands, 26 Januari nanti bagi memilih ahli Parlimen baharu.

PH