Pakai baju logo PH: 'Terserah kepada SPR'

AMPANG - Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan isu calon PRK Cameron Highlands pakai baju logo parti kepada SPR.

“Pakai baju PH? saya serahkan kepada SPR, itu bidang kuasa mereka. Sudah tentu SPR pantau perjalanan pilihan raya hari ini dan terserah kepada SPR menentukan hal itu dibolehkan atau sebaliknya,” katanya ringkas.

Beliau ditemui dalam Majlis Pelancaran 3R On Wheels dan Kad Mesra di Stesen Petronas Jalan Kolam Ayer di sini, hari ini.

Pagi ini tular dua gambar calon PH, M Manogaran memasuki pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Senderut memakai baju logo parti yang dikongsi di laman sosial Facebook Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju logo PH, Manogaran diarah keluar pusat undi
Dr Asyraf mempersoalkan hal itu yang didakwa itu bertentangan dengan peraturan SPR.

Seksyen 26 (1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau

membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala,  barang hiasan, roset, botol air atau payung tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan itu berdepan penjara tidak lebih setahun atau denda tak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit salah.

M ManogaranPRK Cameron Highlands PH M Manogaran
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :