PRK Parlimen PD: Cuaca dijangka mendung sebelah pagi

PORT DICKSON - Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca mendung dengan suhu sekitar 23 hingga 29 darjah celsius pada sebelah pagi hari pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson, esok.

Jabatan itu turut meramalkan daerah berkenaan mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah petang Sabtu dengan suhu sekitar 30 hingga 32 darjah celsius.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood dipetik sebagai berkata, memandangkan cuaca tidak menentu di kawasan Parlimen berkenaan, beliau menyeru pengundi untuk pergi beramai-ramai pada sebelah pagi berbanding petang yang kerap kali hujan. - Bernama

PRK Port Dickson