PRK KKB: Khairul Azahari diumum calon PN

HULU SELANGOR - Pemangku Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azahari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Khairul Azahari, 54, yang juga anak kelahiran Felda Soeharto, di sini, merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah menggalas tugas sebagai Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pengumuman Calon PN PRK KKB di Bilik Gerakan Utama parti itu di Bandar Utama Batang Kali di sini pada malam Khamis.

AKAN MENYUSUL