‘Kalau cakap soal pembangunan, tak perlu Anwar tanding’

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bertanding di Port Dickson sekiranya pembangunan yang dipersoalkan.

Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaysia, Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata, pembangunan boleh dilakukan kerajaan negeri yang diperintah oleh PH.

"Kalau bercakap soal pembangunan, tak perlu Anwar tanding situ.

"Kerajaan negeri boleh buat. Tak relevan nak cakap soal pembangunan," katanya ketika menjadi panel Wacana Port Dickson Pasca PRK : Apa Harapan Rakyat, hari ini.
 

Anwar Ibrahim