'Wartawan dilarang masuk, ini kawasan saya'

BALAKONG- Petugas media dilarang memasuki di salah satu pusat mengundi oleh Ketua Tempat Mengundi.

Media yang hadir ke sekolah salah satu tempat mengundi tersebut bagi membuat liputan sidang media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihalang memasuki pekarangan sekolah.

Menurut pegawai SPR berkenaan, media tidak dibenarkan masuk kerana didakwa akan menganggu pengundi.

Wartawan Bernama News Channel dan beberapa portal online lain berkata, pegawai berkenaan meminta petugas media tidak berada di  dalam kawasan sekolah berkenaan.

"Kami datang sini sebab ada sidang media SPR, tak sangka pula dihalau petugas SPR," katanya.

Menurut wakil-wakil media, petugas SPR itu bertegas tidak membenarkan kawasan itu dimasuki untuk membuat liputan.

"Ini kawasan saya, media tidak dibenarkan berada di sini, sila keluar sekarang.

"Kalau encik-encik dibenarkan masuk ke pusat mengundi lain (PDM) di alu-alukan pergi ke sana, ini kawasan saya, sila keluar sekarang," tegas petugas SPR itu sebelum memanggil polis.

Dalam suasana hujan lebat, wartawan terpaksa mencari tempat berteduh di luar pagar sekolah

PRK Balakong
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :