Yakin budi ditanam Pas akan dibalas

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, yakin budi yang ditanam Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis akan dibalas pada PRK Dun Seri Setia.

Sambil berkias Nik Abduh berkata,'orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa' merujuk kepada kerjasama tidak rasmi antara Pas dan Umno dalam kedua-dua PRK berkenaan.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, pada PRK Seri Setia kali ini beliau yakin orang Umno akan memberi pertolongan kepada calon Pas Dr Halimah Ali.

"Semalam saya berkata, orang Pas undilah Umno. Hari ini saya tidak perlu lagi berkata, orang Umno  undilah Pas. Ia sedang dan pasti berlaku insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada PRK Dun Sungai Kandis lalu, Pas secara terbuka menyeru kepada pengundi di Dun itu memberi sokongan kepada calon BN Datuk Lokman Noor Adam.

Rentetan itu, pada PRK Dun Seri Setia kali ini di atas semangat yang sama, Umno dilihat membalas budi Pas dengan menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon Pas Dr Halimah.

Pada PRK Sungai Kandis menyaksikan calon PKR  Zawawi Ahmad Mughni menewaskan  Lokman Noor Adam.

Zawawi menerima 15,427 undi, Lokman menerima 9,585 undi dan calon bebas, K.Murthy menerima 97 undi.

Zawawi menerima majoriti 5,842 undi, berikutan jumlah pengundi yang lebih rendah menyumbang kepada bilangan majoriti yang kecil.

Sementara PRK Dun Seri Setia bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dr Halimah dengan calon PH, Halimey Abu Bakar.

Dr HalimahHalimey Abu BakarShah Alam
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular