Halimey Abu Bakar

Maklumat Diri
Asal
Kampung Lindungan
Pasangan
Suhati binti Bakri
Anak
1. Nursufia Suria 2. Nurfarah Alisa 3. Nuraqilah Azzahrah

Pertembungan dua penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 8 September 2018 membolehkan Halimey Abu Bakar menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dengan majoriti 4,027 undi.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini memperoleh 13,725 undi menewaskan pencabarnya dari Pas, Dr Halimah Ali yang memperoleh 9,698 undi.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 , Allahyarham Shaharuddin memperolehi undian majoriti sebanyak 19,372 dan menewaskan calon daripada BN, Datuk Yusoff M Haniff, Pas, Mohd Daud Ghazali dan Bebas, S Vigneswaran.

Bekas Timbalan Setiausaha PKR Selangor itu juga memiliki kelulusan dengan kelayakan akademik Diploma Pengurusan Profesional mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan upacara dan protokol majlis rasmi kerajaan dengan menjadi pengacara untuk pelbagai majlis.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Seri Setia (2018 hingga kini)
  • Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ZON 24 (2016)
  • Ahli Majlis MBPJ ZON 24 (2008-2012)
  • Pegawai Eksekutif Persukanan, Selangor GLC, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) (2008)
  • Pengacara Majlis
  • Jurulatih Pengacara Majlis

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Penerangan PKR Selangor (2020 hingga kini)
  • Pengarah JPRD Dun Seri Setia PRU14 (2018)
  • Ketua Penerangan PKR Cabang Kelana Jaya (September2015-Disember2015)
  • Ketua Penerangan PKR Cabang Kelana Jaya (Januari 2010-Ogos 2014)
  • Ketua AMK Cabang Kelana Jaya,Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor (2002-2010)
  • Biro Penerangan PKR Selangor, Jawatankuasa Penerangan PKR Selangor,Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor  (2010)
  • Timbalan Setiausaha Negeri PKR Selangor,Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor (2009)
  • Ketua AMK Selangor,Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor (2006-2009)
  • Timbalan Ketua AMK Selangor,Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor (2004-2006)
  • Setiausaha AMK Selangor,Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor (2003-2004)
  • Ketua Pemuda PKN Cawangan (1999-2002)
Pendidikan:
  • Diploma dalam Pengurusan Professional (2015)

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P105 Petaling Jaya N32 Seri Setia

Video Berkaitan Halimey Abu Bakar