ribuan sambut mahathir, nik omar di putrajaya

PUTRAJAYA - Lebih 3,000 orang ramai membanjiri kawasan tempat letak kereta di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya malam ini bagi menghadiri Ceramah Kebangkitan Rakyat yang menampilkan dua pemimpin 'panas' sepanjang kempen PRU14 ini .

Mereka tidak lain tidak bukan ialah Pengerusi Pakatan Harapan yang juga calon Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nik Omar Nik Abdul Aziz anak Allahyarham Nik Aziz  Nik Mat yang bertanding di bawah tiket PKR di kerusi negeri Chempaka.

Hujan renyai tidak menghalang orang ramai untuk terus membanjiri kawasan letak kereta itu bagi mendengar amanat kedua-dua pemimpin tersebut.

Nik Omar hadir kira-kira pada jam 10 malam disambut laungan takbir oleh penyokongnya manakala Tun  Mahathir pula tiba tidak lama kemudian.

Kebanyakan mereka datang daripada Lembah Klang dan Negeri Sembilan, malah ada juga yang datang daripada Perak semata-mata untuk menyertai program ini.

Nik Omar Nik Abdul AzizMahathir Mohamad