'Dulu tolak CSA kerana syaratnya macam - macam' - Marzuki

SHAH ALAM - Bersatu menolak Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) sebelum ini kerana ia menawarkan pelbagai syarat, dakwa Datuk Dr Marzuki Mohamad. 

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendakwa, antara syaratb tersebut termasuk larangan membangkitkan isu berkaitan kaum, agama dan institusi Raja (3R).

"Ada orang kata dulu tolak CSA sekarang terima. Dulu tolak kerana syaratnya macam-macam.

"Sekarang syarat-syarat ini sudah tiada," ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, kerajaaan menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu pertemuan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persefahaman yang ditmeterai itu menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi dan membuka ruang bagi memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Tambah Marzuki, CSA baru-baru ini dimasukkan komitmen kerajaan untuk melaksanakan reformasi institusi dan memperkasakan agenda Bumiputra.