SHAH ALAM – Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 menyaksikan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi dengan majoriti di bawah 1,000 undi.
Di DUN Chennah, calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke Siew Fook dengan majoriti 688 undi.
Sementara itu, DUN Pilah yang menyaksikan pertembungan dua calon wanita berpihak kepada BN apabila S Leza Md Yassin menewaskan penyandang daripada PH, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dengan majoriti 730 undi.
Pada PRN 2023, kedua-dua calon itu turut bertembung di kerusi sama, namun kemenangan ketika itu berpihak kepada PH.
Di DUN Repah pula, calon BN, Koh Kim Swee mencatat kemenangan paling tipis apabila menewaskan calon PH, S Veerapan dengan majoriti hanya 444 undi.
Seramai 859,760 pengundi berdaftar di Negeri Sembilan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu pada PRN Negeri Sembilan ke-16.
Daripada jumlah itu, seramai 7,391 merupakan pengundi pos.
Proses pengundian berlangsung bermula jam 8 pagi di 401 pusat mengundi yang melibatkan 1,668 saluran di seluruh negeri, sebelum semua pusat pengundian ditutup pada jam 6 petang.