PBN sekadar mudahkan sebutan, bukan nama rasmi - Saifuddin

SHAH ALAM - Cadangan Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin memperkenalkan Perikatan Barisan Nasional (PBN) hanyalah untuk memudahkan sebutan terhadap kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung Wawasan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, idea spontan tersebut bukanlah nama rasmi untuk penubuhan gabungan baharu.

"Dalam satu satu ceramahnya untuk memenangkan calon-calon BN dan PN dalam PRN Negeri Sembilan ini, Hamzah mengatakan 'oleh kerana ada yang tersasul menyebut, mungkin elok digunakan satu nama yang menggabungkan kedua-duanya'.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ

'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar

'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis

'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMK

PH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - Aminuddin

"Beliau tidak kata ini nama rasmi, sekadar memudahkan, jadi beliau sebut PBN. Mengapa? kerana BN senior, maka eloklah nama penuhnya dikekalkan manakala PN separuh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO dilihat kurang senang dengan istilah dan menyifatkan sebagai tidak relevan kerana ia bukannya pembentukan sebuah gabungan politik baharu.

Malah, kepimpinan BN tidak pernah membincangkan atau meluluskan penggunaan nama baharu itu.

Menurut Saifuddin, Hamzah tiada sebarang masalah sekiranya tidak menggunakan nama tersebut.

"Nak guna BPN pun okay, nak guna nama lain pun okay. Selepas ini, kalau kita nak adakan nama yang rasmi, masa itu kita bincanglah secara rasmi.

"Hamzah tidak ada niat lain, sebaliknya beliau cuma nak Wawasan memainkan peranan sebagai jambatan dalam memperkasa kerjasama BN-PN, untuk gelombang biru memenangi PRN Negeri Sembilan dan seterusnya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16," katanya.