PASIR MAS – Pas melihat perkembangan positif di beberapa kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk sokongan daripada ahli UMNO di peringkat akar umbi.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jentera parti di peringkat negeri menunjukkan perkembangan memberangsangkan meskipun kempen baru memasuki minggu pertama.
“Kami tengok ada beberapa DUN yang agak positif.
“Termasuk ada ahli-ahli UMNO yang datang jumpa dan menyatakan sokongan,” katanya pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas di sini pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'
PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?
PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin
PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu
Beliau berkata, perkembangan itu dijangka dapat diterjemahkan kepada undi pada hari pengundian nanti terutama dengan sokongan jentera tempatan serta sentimen pengundi muda.
Selain itu, Pas turut melihat potensi besar daripada pengundi muda serta pengundi luar yang pulang mengundi sebagai faktor penentu dalam PRN Johor kali ini.
Menurutnya, peratus keluar mengundi yang lebih tinggi berbanding pilihan raya lalu juga boleh memberi kesan besar kepada keputusan akhir.
“Kita harapkan pengundi muda dan pengundi luar ini dapat diterjemahkan kepada petak undi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Pas kekal yakin dengan kekuatan jentera di beberapa kawasan meskipun berdepan saingan pelbagai penjuru.