PRN Sabah: SPR adakan mesyuarat khas di Kota Kinabalu Khamis ini

KOTA KINABALU - Mesyuarat khas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini pada Khamis ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu Nota Kepada Pengarang hari ini memaklumkan mesyuarat berkenaan akan bermula pada jam 10 pagi, diikuti sidang media yang dijadual berlangsung pada jam 11 pagi.

"Semua wakil media dijemput hadir untuk membuat liputan majlis ini," menurut kenyataan itu.

Pada 5 Oktober lepas, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah Ke-17. - Bernama