UMNO sudah siap jentera bantu PRN Sabah - Tok Mat

JERTIH - UMNO telah mempersiapkan jenteranya bagi membantu persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang dijangka diadakan pada bila-bila.

Beliau berkata, UMNO di setiap negeri sudah menerima pembahagian zon masing-masing dan jentera negeri akan bergerak

Pembahagian zon itu disusun dengan baik oleh bilik gerakan di ibu pejabat parti dan terdapat sebahagian petugas telah berada di Sabah bagi memulakan gerak kerja.

"Semalam semua ketua bahagian Kelantan berada di Sabah kerana mereka menjaga kawasan Timur Sabah. Terengganu pun akan pergi untuk menguruskan kawasan Tawau, Sandakan dan Kudat. Di Negeri Sembilan dan Melaka pula kami diberi mandat menjaga kawasan Putatan, Penampang, Sepanggar dan Kota Kinabalu,” katanya.

Mohamad yang juga Menteri Luar dan Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong di sini hari ini. - Bernama