Ahli Parlimen PH tiba di Seri Perdana, hadiri pertemuan tertutup

PUTRAJAYA - Beberapa kenderaan yang dipercayai Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mula memasuki pekarangan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini pada Isnin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kenderaan mula memasuki bangunan Seri Perdana jam 3.45 petang.

Difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberikan penjelasan berhubung beberapa isu penting dan hal ehwal semasa dalam perbincangan tertutup.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek pada pagi tadi.