Anwar akan pertahan pemimpin layak demi kelangsungan PKR

JOHOR BAHRU - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan mana-mana pemimpin dalam parti yang dianggap layak selepas pemilihan PKR 2025.

Menurutnya, parti memerlukan individu yang benar-benar komited untuk terus berjuang bersama demi kelangsungan perjuangan dan keyakinan rakyat terhadap PKR.

“Parti ini memerlukan mereka yang mahu berjuang bersama untuk kelangsungan dan diterima rakyat,” katanya ringkas.

AKAN MENYUSUL