Anwar hadir laksana tanggungjawab pemilihan PKR

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pusat pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Berjaya Waterfront Hotel, di sini, pada jam 12.05 tengahari.

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilihat hadir bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti.

**media[3137620]**

Ketibaan beliau disambut dengan laungan reformasi oleh para perwakilan yang berada di sini.

Proses pengundian fizikal untuk perwakilan yang menghadiri kongres berlangsung di dua lokasi utama iaitu di Berjaya Waterfront Hotel dan Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini.

Pada masa sama, di Sabah dan Sarawak pula dijalankan di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa, Penampang dan Pusat Konvensyen Penview, Kuching.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025 pada Jumaat tertumpu kepada proses pemilihan kepimpinan baharu parti bagi sesi 2025-2028.

Proses bagi memilih kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu bermula jam 8 pagi dan berakhir 5 petang, membabitkan keseluruhan 32,030 pengundi secara fizikal dan dalam talian.