SERDANG - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi jika gagal mempertahankan kerusi Timbalan Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 23 Mei nanti.
Bagaimanapun, Rafizi menjelaskan beliau akan kekal sebagai ahli Parlimen kerana masih mahu memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
"Kalau saya kalah, saya akan letak jawatan sebagai menteri, saya akan kembali jadi ahli Parlimen biasa.
"Saya juga menggunakan kesempatan berkenaan untuk membantu parti mendekati golongan muda yang kini semakin menjauhi PKR selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lalu," katanya dalam program Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri di Dewan Serbaguna MBSJ pada Sabtu.
Untuk rekod Rafizi kini menentang anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah yang mengemukakan pencalonan beliau, pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL