SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo mendahului senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP apabila memperoleh undi tertinggi dalam pemilihan sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini pada Ahad.
Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP, Desmond Tan berkata, Gobind memperoleh 2,785 undi diikuti Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen yang memperoleh 2,631 undi.
Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching pula memperoleh undi ketiga tertinggi dengan 2,585 undi manakala tempat keempat dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim dengan 2,563 undi.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pula hanya menduduki tempat kelima undian tertinggi dengan 2,508 undi.
Dua orang wakil Melayu iaitu Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang memperoleh 2,065 undi dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang mendapat 1,943 undi turut mengisi jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.
Seramai 30 pemimpin yang dipilih itu akan mengadakan perbincangan malam ini, bagi memilih barisan kepimpinan baharu seperti setiausaha agung, penasihat, pengerusi dan timbalan pengerusi kebangsaan dan lima naib pengerusi.
Secara keseluruhan, seramai 64 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan itu.
Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP:
Gobind Singh Deo- 2,785
Chong Chieng Jen- 2,631
Teo Nie Ching - 2,585
Ng Suee Lim -2,563
Loke Siew Fook (Anthony) - 2,508
Yeo Bee Yin - 2,503
Ng Sze Han - 2,437
Khoo Poay Tiong - 2,390
Chan Foong Hin - 2,362
Wong Kah Woh - 2,265
Sim Chee Keong (Steven) - 2,262
Vivian Wong Shir Yee - 2,244
Nga Kor Ming - 2,215
Lee Chin Chen - 2,172
Yeoh Tseow Suan(Hannah) - 2,169
Alice Lau Kiong Yieng - 2,165
Liow Cai Tung - 2,139
Teo Kok Seong - 2,107
Chow Kon Yeow - 2,101
Syahredzan Bin Johan - 2,065
Young Syefura Binti Othman - 1,943
Liew Chin Tong - 1,929
Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - 1,917
Arul Kumar A/L Jambunathan - 1,747
Kasthuriraani A/P Patto - 1,722
Lim Guan Eng - 1,719
Lee Chuan How (Howard) - 1,703
Wong Shu Qi - 1,655
Tan Hong Pin - 1,585
Ngeh Koo Ham - 1,584