'Pembangkang terus-terusan nak jatuhkan BN'

JERANTUT - Tohmahan pembangkang berkaitan kelemahan ekonomi, kewangan dan pentadbiran negara bertujuan meneruskan hajat menjatuhkan BN.

Ketua Umno Bahagian Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata, dakyah pembangkang ibarat menyuntik dadah ke hibadan  rakyat supaya rosak rosak minda serta boleh menggoyahkan parti itu.

“Mereka (pembangkang) kata, negara ini akan muflis dengan pentadbiran kerajaan sekarang sebaliknya kita (Malaysia) mendapat pengiktirafan pelbagai pihak berkaitan kekuatan ekonomi yang sebenarnya masih di landasan yang betul.

“Kita perlu bersemangat ,  bekerjasama dan memberi sokongan padu kepada kerajaan untuk meneruskan hasrat memajukan negara ke arah kejayaan yang cemerlang bagi memudahkan BN melestarikan kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikain di Majlis Penutupan Rasmi Program Jom Riders Perangi Dadah Habis-habisan 3.0 di Taman Arnab,Bukit Batu, Hulu Cheka, di sini, kelmarin.

Majlis berkenaan anjuran bersama Umno Bahagian Jerantut, Polis Di Raja Malaysia Jerantut, Klinik Cure and Care Jerantut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerantut, Majlis Daerah Jerantut , Kelab Lion,  Perpustakaan Jerantut, Rela dan Pemadam Jerantut .

Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Jerantut (P81), berkata, parti itu membina membina kekuatan kukuh sejak awal kemerdekaan negara dan masih teguh sehingga kini.

“Berbanding  pembangkang, mereka lebih menumpukan kepentingan peribadi dan kekeluargaan, pakatan yang sekadar untuk meranapkan negara dan boleh menyusahkan rakyat di kemudian hari,” katanya.

Pada program itu, seorang pengunjung Afid Fahmi Abdullah,18, dari Taman Wawasan Jerantut, terkejut menerima motosikal melalui cabutan bertuah.

“Saya tak sangka menerima rezeki petang ini. Tujuan program perangi dadah ini sebagai menunjukkan sokongan yang padu bagi menumpaskan penyalah gunaan dadah terutama remaja,” katanya.

Ahmad Nazlan IdrisJerantut