BN sedia khidmat pengangkutan

JENGKA - BN menyediakan 610 pengangkutan darat dan air bagi kemudahan pengundi terutamanya di 10 kampung di Hulu Tembeling dalam Dun Tahan pada hari mengundi Rabu depan.

Menurut Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerantut yang juga calon BN Dun Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Razak, sebanyak 100 bot turut disediakan supaya penduduk pinggir Sungai Tembeling dan kawasan pedalaman dapat keluar  mengundi dan menjalankan tanggungjawab mereka

Menurutnya, perkhidmatan itu bermula seawal jam 7 pagi sehingga pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang.

“Sebahagian besar pusat mengundi di Hulu Tembeling dibuka pada jam 8 pagi dan tutup pada jam 1 tengah hari.

“Pengangkutan yang disediakan ini adalah untuk kemudahan penduduk.

“Justeru penduduk Dun Tahan dinasihatkan keluar mengundi awal dengan membawa kad pengenalan masing masing.

“Saya yakin pengundi akan terus memberikan sokongan kepada BN kerana terbukti membawa banyak pembangunan dikawasan Hulu Tembeling.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pembangunan di Hulu Tembeling dan berhasrat menjadikannya sebagai hab pertanian terbesar di Jerantut dan Pahang barat khasnya,” katanya di Kam-pung Gajah Mati Padang Piol, kelmarin.

Dalam pada itu beliau berpuas hati dengan gerak kerja yang dijalankan anggota Jalinan Rakyat (JR). Sehingga kini, katanya banyak kunjungan dan pertemuan bersemuka diadakan anggota JR dengan lebih 4,347 pengundi Dun Tahan.
 

Wan Amizan Wan RazakTahan Jerantut BN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular